KDM BAKAL SAINGAN TERBESAR PBS DI N5 MATUNGGONG!

 


Analisis awal Senario Politk N5 Matunggong


Pasca PRU bagi N4 Matunggong sejak PRU12,13, telah dimenangi oleh PBS-BN, kecuali PRU 14 DUN Matunggong dimenangi oleh PKR dan kemudian setahun dari itu, Jelani sebagai ADUN Matunggong telah menjadi Bebas dan berlaku pilihan raya kecil telah dimenangi oleh Calon PBS melalui Julita Mojungki. PRU16 N4 Matunggong kemudiannya dikenali sebagai N5 Matunggong telah di menangi oleh Julita sekali lagi melalui Parti PBS-BN. Seterusnya PRU16 juga kali ini DUN Matunggong dikenali sebagai N5 Matunggong, sekali lagi dimenangi oleh PBS-GRS. Kemenagan PBS kali ini dapat dinilai berdasarkan beberapa perkara yang perlu dibincangkan.


Momentom kerjasama dan Kesepaduan dikalangan parti-parti gabungan dalam kerajaan pemerintah masih rapuh dan ini memberi kelebihan kepada pembangkang. Walau bagaimanapun kesepakatan dan kerjasama dikalangan parti-parti pembangkang juga amat susah untuk meraih sokongan pengundi. Keadaan ini menyebabkan pengundi tiada pilihan melainkan mereka masih memilih wakil mereka yang sedia ada.


Pengundi-pengundi di N5 Matunggong sebenarnya mempunyai pilihan yang luas siapakah wakil yang benar-benar dapat mewakili mereka untuk membawa perubahan- perubahan di N5 Matunggong. Tokoh-tokoh politik amat ramai di N5 Matunggong, mereka terdiri dari golongan profesional, guru, peniaga dan sebagainya.


Golongan profesioanal seperti peguam seperti Hibin Masalin, Sazalye Donol, Jelani Hamdan, dan Richard Kastum sudah dikenali oleh pengundi kerana ada diantara mereka sudah beberapa kali mencuba nasib untuk bertanding tetapi nasib tidak menyebelahi mereka kerana mereka kecundang dalam setiap pilihanraya, kecuali Jelani Hamdan pernah memenangi pilihnraya suatu ketika dahulu pada PRU 13, namun hanya sepenggal sahaja.


PRU17 nanti ramai parti-parti politk akan meletakkan calon berdasarkan kaum. Umno contohnya; akan bertanding lebih banyak DUN berbandung PRU 16. Dalam PRU16 UMNO Dalam PRN16 pada September 2020, UMNO/Barisan Nasional (BN) yang bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika itu bertanding di 31 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Sementara Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM) menyatakan hasrat untuk bertanding di semua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang majoriti pengundinya dari masyarakat Kadazandusun dan Murut (KDM) pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).


Sehubungan itu, ada kemungkinan bahawa Adun dan ahli Parlimen P168 Kota Marudu YB Datuk Wetrom Bahanda akan berpindah kawasan DUN N5 Matunggung.


Jika kenyataan ini benar, Datuk Wetrom akan berhadapan dengan Datuk Julita dalam pilihan raya kali ke 17 nanti. Menurut pengundi di N6 Bandau, beliau berpindah kerana untuk menyelamatkan kedudukannya sebagai DUN. Menurut mereka selama ini beliau tidak dapat menunaikan janji-janji pilihan raya yang lalu kerana kedudukannya sebagai pembangkang tidak sehaluan dengan kerajaan negeri.


Sumber: Jesselton Times

Comments

Popular posts from this blog

Pencapaian Sehingga Disember 2024 Sebagai Ahli Parlimen P.168 Kota Marudu YB Datuk Wetrom Bahanda di N5 Matungggong..

Gagasan Rakyat dan Keberangkalian Bertanding di N5 Matunggong